SEPANG: Bekas anggota polis dijatuhi hukuman penjara tujuh hari selain didenda RM5,000 kerana menghalang tugas anggota polis yang mengeluarkan saman, terhadap kenderaan di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Nov lepas.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Basri Lebai Bawai, 55, yang kini seorang peniaga manakala anaknya, Muhammad Saari Basri, 22, didenda RM2,500 selepas mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, menghalang Lans Koperal Ikhwan Syafiq Ismail daripada menjalankan tugasnya.
Dua beranak itu didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Pintu Lima dan Pintu Enam di aras lima terminal utama KLIA kira-kira 1 tengah hari pada 2 Nov lepas, mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman pemenjaraan ke atas Basri bermula dari tarikh tangkap pada 5 Nov lepas serta mereka masing-masing akan dipenjara 10 bulan dan tiga bulan, jika gagal membayar denda RM5,000 dan RM2,500 tersebut.
Mengikut fakta kes, ketika Ikhwan Syafiq yang sedang bertugas di tempat kejadian, beliau telah dimaki Basri kerana berang disaman oleh rakan pengadu atas kesalahan parkir kereta di kawasan orang kurang upaya (OKU), serta menghalang lalu lintas.
Ikhwan Syafiq kemudian menuju ke arah kereta Basri dan mengarahkan tertuduh menunjukkan kad pengenalan serta lesen memandu, namun dia enggan dan terus masuk ke dalam kereta.
Pengadu telah cuba menghalang Basri daripada bergerak, namun Muhammad Saari yang merupakan pemandu kereta terus memandu kenderaan tersebut dengan cara berbahaya serta seakan mahu melanggar pengadu, dan mereka berdua terus melarikan diri.
Dalam rayuan, peguam Zaflee Pakwanteh yang mewakili dua beranak itu memohon, agar mahkamah mengenakan hukuman yang ringan atas alasan kedua-dua anak guamnya, Basri merupakan peniaga yang terkesan akibat pandemik COVID-19, manakala Muhammad Saari masih belajar.
"Kesalahan tersebut timbul akibat isu salah faham kerana Basri menghantar saudaranya yang merupakan OKU ke KLIA, namun keretanya tidak mempunyai pelekat OKU," hujah Zaflee.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada kedua-dua mereka, kerana isu kemarahan tidak patut dijadikan alasan untuk mereka melakukan kesalahan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Mahkamah turut memerintahkan hukuman pemenjaraan ke atas Basri bermula dari tarikh tangkap pada 5 Nov lepas serta mereka masing-masing akan dipenjara 10 bulan dan tiga bulan, jika gagal membayar denda RM5,000 dan RM2,500 tersebut. - Gambar hiasan
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Jemaah Islamiyah masih berakar umbi?
Bersama Pertahanan, Keselamatan dan Kajian Strategik UPNM, Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat - KPN
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs
Cuepacs menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat
Dalam kejadian 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis dan suspek yang berusia lingkungan 30-an.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
'Sanusi bukan pengganas' - Peguam
Menurut peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas.
Balai Polis Ulu Tiram diserang: Dua polis maut, seorang cedera ditembak, ditetak
Bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqiela Omar, untuk mendapatkan perkembangan terkini dari lokasi.
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Reddit, OpenAI umum kerjasama, kandungan akan diintegrasikan dalam ChatGPT
Dalam pengumuman kerjasama ini, Reddit menjelaskan yang data-data dan kandungan merekan akan diintegrasikan ke dalam ChatGPT. Dengan
Bekas polis direman samun peniaga sayur RM400
Seorang bekas polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan menggunakan senjata terhadap seorang lelaki di hadapan rumahnya di Taman Bukit Cheng, Melaka, 29 April lalu.
Bekas polis dipenjara, didenda halang tugas polis
Bekas anggota polis dijatuhi hukuman penjara tujuh hari selain didenda RM5,000 kerana menghalang tugas anggota polis yang mengeluarkan saman.
Bekas polis 110 tahun bersemangat dapatkan suntikan vaksin COVID-19
Arifin Deris yang pernah bertugas ketika zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu, berkata dia mempunyai kesedaran mengenai kepentingan vaksin dan mendaftar dengan sukarela.
Bekas polis didakwa salah guna wang insurans lebih RM100,000
Tertuduh yang juga seorang ejen insurans dituduh dengan curang telah menyalahgunakan wang tunai pembayaran insuran pelanggannya.
Suspek bunuh bekas anggota polis di Meranti direman tujuh hari
Marah kerana ditegur oleh mangsa, suspek bertindak memukul mangsa sehingga menyebabkan kematian.
Demonstrasi jalanan bukan penyelesai masalah - Bakri Zinin
Demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan ia bukan cara konstruktif untuk orang ramai mencari penyelesaian terhadap masalah dalaman negara.